Friday, January 1, 2010

Berita Luar Negara - Khazanah Berharga Dari Yaman 1

 
"NAMA RASMI                          :        Republik Yaman

IBU NEGARA:   Sana’a -      dengan kepadatan penduduk melebihi 2 juta orang dan ketinggian melebihi 2,300 meter dari paras laut. 

BANDAR-BANDAR UTAMA:     Hudaidah, Hadhramaut, Aden, Mukalla, Ta’iz, Ibb, Sa’adah, Ma’arib dan Sai’un. 


KERAJAAN DAN PENTADBIRAN: Berbentuk republik dan diketuai oleh Presiden Ali Abdullah Saleh serta dibantu oleh Parlimen yang diketuai oleh Perdana Menteri. Yaman terdiri daripada 17 wilayah, setiap wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah dan setiap daerah mempunyai beberapa zon. Wilayah- wilayah tersebut adalah Sana’a, Aden, Taiz, Hudaidah, Hadhramaut, Sa'adah, Jouf, Ma’arib, Mahra, Shabwah, Abyan, Baidha’, Zamar, Ibb, Lahaj, Mahwit dan Hajjah. 

MATA WANG:    Riyal Yaman    -  nilai pertukaran YR207.00 = USD1.00 pada bulan Disember 2009 (tertakluk pada perubahan semasa).

KEDUDUKAN GEOGRAFI:    -   Republik Yaman terletak di pinggir Barat–Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia ). Ianya berkedudukan di antara garis lintang 12 U – 20 U dan garis bujur 41 T – 54 T. Ianya juga bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah utara Laut Arab dan Teluk Aden di selatan, Oman di sebelah timur dan Laut Merah di sebelah barat.Bentuk muka buminya terbahagi kepada lima bahagian: pergunungan, dataran tinggi, dataran pantai, gurun padang pasir dan kepulauan. 

MASA:
Republik Yaman terletak di garis GMT +3 iaitu tiga jam lebih awal daripada Greenwich.


KELUASAN:          -          555,000 km persegi. 

KETINGGIAN:   -  Mencapai 3,700 meter atau lebih 12,000 kaki dari paras laut.


CUACA:     -   Yaman dikategorikan dalam negara tiga musim (panas, luruh dan sejuk). Kepelbagaian cuaca di Yaman lebih dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan paras ketinggian wilayah-wilayahnya.Dalam musim sejuk, suhu di kawasan pergunungan mencatat -14 C hingga –15 C manakala kawasan persisiran pantai dan tanah rendah bersuhu sederhana sepanjang musim sejuk.Pada musim panas suhu di kawasan pengunungan mencatat 19 C hingga 22 C. Manakala di kawasan persisiran pantai dan tanah rendah mempunyai suhu panas dan lembab mencapai 42 C hingga 45 C.Pada musim luruh pula semua kawasan menerima hujan. 

PERATURAN MASUK:     -  Visa masuk ke Yaman boleh didapati dengan mudah daripada Kedutaan atau Konsul Yaman di negara tempat anda menetap dengan bayaran tertentu. Di negara yang tidak terdapat kedutaan Yaman, pelawat boleh mendapatkan visa transit untuk 30 hari dengan kemungkinan untuk di perbaharui di pintu masuk. Tempoh maksimum menetap adalah 90 hari. Bayaran visa bergantung kepada jenis visa dan kewarganegaraan. Bagi rakyat Malaysia boleh mendapatkan visa pelancong selama 60 hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a. 


PINTU MASUK:
Republik Yaman boleh dimasuki melalui Lapangan Terbang Antarabangsa di Sana’a, Aden, Hudaidah, Rayan dan Taiz. Manakala pelabuhan pula melalui Hudaidah, Mokha-Laut Merah, Aden-Teluk Aden, Mukalla dan Nashtun-Laut Arab. 


SEJARAH
Yaman juga dikenali dalam beberapa buah buku sejarah dengan beberapa nama. Di antaranya ialah “Arab Felix” dan di dalam lagenda lama Yaman dikenali sebagai Negara Selatan, Negara Raja Saba’, Raja Selatan dan Raja Timna. Ada sesetengah pendapat mengatakan perkataan Yaman diambil daripada nama seorang pemerintah Yaman iaitu Aiman bin Ya'arup bin Qahtan seorang lagenda Arab kuno. Ramai orang-orang Arab mengatakan perkataan Yaman diambil dari perkataan Ya,mim, nun (YAMN) yang bermakna rahmat, berkat dan makmur iaitu bersamaan dengan nama “Arab Felix”. Sesetengah pendapat mengklasifikasikan perkataan Yaman diambil dari “yumna” yang bermakna Arab dari kanan Ka’abah. Orang-orang dari timur mengatakan ianya arah ke hadapan iaitu sebelah kanan kepada arah yang betul. Sebabnya arah kanan merupakan satu simbol atau lambang kepada kejayaan dan keberuntungan. Sesetengah orang Arab sendiri termasuk orang-orang Yaman beranggapan perkataan ‘al- Sham’ ialah utara dan ‘al- Yaman’ ialah selatan dan pada hari ini ianya dikenali sebagai Republik Yaman.


Sekadar penambahan ilmu geografi. Insya Allah, kita akan bertemu  lagi dalam siri Berita Luar Negara -Khazanah Berharga Dari Yaman 2 ( Tempat - tempat menarik ). Assalamualaikum...

0 comments:

Post a Comment