Assalamualaikum, salam mesra untuk pengunjung semua. Semoga anda
semua berada dalam lindungan dari RahmatNya. Kali ini ana bingkaikan
kisah Neraka Jahannam ini untuk kalian dan buat peringatan diriku jua.
Hayatilah, selamilah ia dalam-dalam akan kekuasaan dan kebesaranNya.
Dinukilkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam
itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan
ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000
gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada
setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api,
pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dinukilkan juga dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu
terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula
terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat
70,000 ular dan 70,000 kala, dan setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor
dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka
Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di
sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka
disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di
atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila
terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan
memanggil-manggil,
“Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka
Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu
ditarik oleh 70,000 malaikat…”
Dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada
diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud :
“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Maka, apabila kita mendengar tentang cerita2 neraka ini,
apakah yang kita fikirkan? Apakah hati kita berasa gentar dengannya?
Atau kita hanya sekadar mendengar cerita-cerita ini sekadar masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri? Apakah sikap kita apabila mendengar
berita-berita peringatan tentang kehidupan selepas mati??
0 comments:
Post a Comment