1) MAMAK DAPAT ANAK
Suatu hari sedang Ali minum teh
di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak
gembira dan terus datang kepadanya Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India
mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good
news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah
beranak. New baby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free
minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena
balik India
cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga
tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun
tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…
2) KISAH 2 EKOR BURUNG.
Di sebuah kedai menjual burung,
terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka
bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin
membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung
kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi
itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang
suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza,
yang berharga $1000 itu ialah pencipta lagunya.
3) BELAJAR BAHASA ENGLISH
Seorang gadis yang Bahasa
Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika
berjalan2 di The mall Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana
tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus
menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry
for? '
Gadis:'I'm sorry, five '
4.ANAK SIAPA ??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya
kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga
adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya.
Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu
boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana
Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut
dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin
dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah
kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu
abang saya.Adik beradik kan
tak boleh kahwin..
Ibu :(Separuh berbisik)
Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!
Sekadar untuk melepaskan tension ajak.
Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment